Peluang Pasaran Islam

Menurut perangkaan terkini, jumlah umat Islam ialah 1.6 bilion. Jumlah ini adalah besar. Walaupun negara-negara Islam mempunyai persatuan aktif iaitu OIC, namun negara Islam masih lemah dalam aktiviti ekonomi.

Negara Islam yang kaya dan maju masih mendapatkan bekalan dan produk makanan dan minuman dari negara bukan Islam. lni sebenarnya mentitup peluang negara Islam yang masih miskin dan membangun untuk meningkatkan pendapatan.

Usahawan Malaysia perlu merebut peluang pasaran di negara Islam jika mahu berjaya dalam bidang pertanian. Dengan kesuburan tanah dan infrastruktur yang canggih, usahawan mampu menghasilkan pelbagai ternakan yang sihat, produk makanan dan minuman yang berkualiti

Produk ternakan seperti lembu, kambing, ayam dan rusa adalah antara produk keperluan kebanyakan negara Islam yang kaya dan maju. Begitu juga dengan makanan dan minuman lain. Negara Islam yang kaya dan bergantung kepada pendapatan minyak tidak mampu membangunkan industri pertanian kerana ketidaksesuaian tanah dan faktor cuaca.

Usahawan perlu merebut peluang pasaran global, terutama membabitkan negara Islam. Usahawan Malaysia mampu membuktikan kepada dunia Islam bahawa negara Malaysia yang kecil ini boleh berjaya menghasilkan produk pertanian yang berkualiti dan berdaya saing.

Adalah suatu kerugian rugi jika usahawan tidak memanfaatkan peluang pasaran negara Islam. Dalam keadaan nilai mata wang negara masih kecil inilah, jumlah eksport negara dapat ditingkatkan kerana banyak negara Islam yang kaya dan maju berminat membeli produk pertanian negara kerana perbedaan nilai mata wang.

Usahawan perlu berganding bahu dengan kerajaan untuk mengeluarkan produk berkualiti dan berjaya di pasaran global. Memajukan industri pertanian akan membeli banyak manfaat kepada usahawan dan negara, malah menjadi contoh kepada negara Islam lain yang masih miskin agar memajukan bidang pertanian.

Jika kerajaan berusaha mendapatkan peluang menambah jumlah eksport produk pertanian ke negara-negara Islam tetapi usahawan gagal menghasilkan produk berkualiti dan mendapat tempat maka kejayaan tidak akan tercapai. Kedua-dua pihak perlu berganding bahu untuk memajukan bidang pertanian.

Negara-negara Islam perlu berusaha memperkukuhkan bidang ekonomi dengan mengadakan pelbagai usaha sama dan kerjasama dalam sektor ekonomi.

Usahawan perlu melihat kejayaan usahawan Thailand yang berjaya memasarkan produk pertanian kepada negara-negara Islam dan mengaut keuntungan berbilion dolar setahun. Jika mereka boleh, mengapa kita tidak?

Pustaka
Usahawan cemerlang Oleh Saat Sulaiman

This entry was posted in Ekonomi and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s